aswara@gmail.com

August 20, 2024

PENSYARAH ASWARA DIRAIKAN SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN BADAN PENERAJU INDUSTRI SENI BUDAYA 2024

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapakan kepada sembilan (9) orang pensyarah ASWARA yang diraikan dalam Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Industri Seni Budaya 2024. Seramai 238 orang graduan telah diraikan dan menerima sijil pengiktirafan kepada Penggiat Seni Budaya yang berkemahiran dan berketerampilan berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard - NOSS) melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bidang seni budaya tari, teater, muzik dan produksi pentas.

 

Semoga pengiktirafan ini menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga ASWARA untuk terus mencipta kejayaan.

Anugerah Lain