About the Faculty
Fakulti Penulisan Kreatif & Filem bermatlamat memberikan peluang kepada mereka yang berminat, berbakat dan berpengalaman dalam bidang penulisan kreatif dan filem. Pada pelajar didedahkan dengan pembelajaran ilmu penulisan kreatif dalam suasana yang formal, berlandaskan teori, kaedah, pendekatan dan praktik yang lebih bersistematik pada peringkat pengajian Diploma dan ljazah Sarjana Muda.
Selain itu, fakulti ini juga menawarkan pengajian yang menyeluruh dari segi teori dan praktikal dalam pelbagai kemahiran seperti pengarahan, sinematografi, penyuntingan, penataan bunyi, rekaan produksi dan pengurusan produksi bagi melahirkan ilmuan dan karyawan yang berkaliber dan berpengetahuan luas dalam bidang penerbitan filem dan televisyen serta penyelidikan ilmiah.
Berbekalkan teras pendidikan dalam kesenian tradisional sebagai kursus wajib ASWARA, para pelajar mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menghasilkan karya penulisan kreatif, filem dan televisyen yang beridentitikan jati diri budaya tempatan. Melalui kurikulum yang terancang, para pelajar juga diperkenalkan, diberikan kefahaman dan dibimbing dalam disiplin penulisan kreatif dan filem oleh para pensyarah yang mahir, berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.
TUMPUAN DISIPLIN PENGAJIAN FAKULTI PENULISAN KREATIF DAN FILEM
- Sinematografi
- Pengarahan
- Rekaan Produksi
- Penataan Bunyi
- Penyuntingan
- Teori Filem dan Televisyen
- Penulisan Kreatif (Cerpen, Novel, Drama Pentas)
- Penulisan Non-Kreatif (Rencana, Esei Kritikan)
- Teori dan Kritikan Teks
- Pernigaan Penerbitan
- Penulisan Skrin dan Digital
BIDANG KERJAYA GRADUAN FAKULTI PENULISAN KREATIF DAN FILEM
- Penulis (novel/cerpen/puisi lakon layer drama tv/filem cereka, skrip video
- Dokumentari, video korporat/drama radio/pentas: rencana/esei/kritikan)
- Penulis lirik
- Wartawan Editor
- Pembimbing/ penceramah/guru
- Penerbit buku/majalah
- Penulis iklan
- Pensyarah di IPT
- Pegawai Kebudayaan
- Penerbit Filem
- Pengarah Filem
- Pengarah Dokumentari
- Pengarah Fotografi/Jurukamera
- Pereka Cahaya/ Lighting Designer Key Grip
- Gaffer
- Pereka Produksi
- Pengarah Seni
- Penyunting Filem
- Pereka Kostum
- Pereka Set
- Penerbit Rancangan Televisyen
- Pengarah TV
- Content Creator
- Youtuber
- Audio Engineer
- Pereka Bunyi
- Jurufoto
- Project Coordinator
- Location Scouting Manager
- Production Manager
- Multimedia Creative Director
- Digital Content Creator
